Sunday, August 15, 2010

Minggu 5- Jurbal Refleksi

Pembelajaran bagi kuliah minggu 5 adalah berkenaan dengan gamelan dan caklempong. Terdapat 3 perkara yang dibincangkan berkaitan kedua-dua tajuk tersebut. Antaranya adalah berkaitan dengan sejarah gamelan dan caklempong, alat-alat muzik, dan juga sistem tonal dan sistem muzik lain yang digunakan.
Dari aspek sejarah muzik tradisonal gamelan, ia wujud sejak 1 masihi dan alat pertama yang dicipta adalah gong. Hal ini demikian kerana, gong adalah alat yang penting untuk dibunyikan sebagai tanda berlaku sesuatu upacara atau peristiwa. Gamelan juga dipercayai berasal dari Indonesia. Perkataan gamelan itu sendiri berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud tabuh atau pukul. Alat muzik gamelan juga diperbuat daripada perunggu dan kayu serta besi dan buluh serta mempunyai larasan yang tetap atau fix tuning. Ia diprsembahkan secara ensembel tetapi muziknya mengikut acuan tersendiri. Gamelan terbahagi kepada dua iaitu gamelan melayu dan gamelan jawa. Kedua-dua jenis gamelan ini mempunyai kategori muzik yang berbentuk tarian utama. Gamelan melayu juga turut dikenali sebagai gamelan Terengganu ataupun joget gamelan. Asalnya , gamelan melayu wujud di Istana Riau-Lingga pada abad ke-18. Masuk ke negeri Terengganu akibat daripada perkahwinan keluarga di Raja Pahang dengan keluarga Di Raja Terengganu. Gamelan bermula dari negeri Pahang namun hanya berkembang di negeri Terengganu.
Gamelan Jawa berasal dari Pulau Jawa Tengah. Keseniannya merangkumi tarian, wayang kulit pruwa, dan kuda kepang. Gamelan Jawa, terdapat di negeri Johor, Selangor, dan Wilayah Persekutuan. Muzik gamelan Jawa dipermainkan untuk rakyat dan tidak hanya untuk persembahan Istana.
Dari aspek alat muzik yang digunakan juga mempunyai sedikit perbezaan. Bagi gamelan melayu alat muziknya adalah seperti Gong, kenong, gambang, gendang, saron peking, dan sarn demong serta bonang. Bagi gamelan jawa pula, alat muziknya lebih banyak berbanding gamelan melayu. Antaranya adalah seperti gendang, bonang, saron demong, saron baron, saron peking, gambang,kenong, kempol, dan gong.
Seterusnya dilihat dari aspek sistem muzik yang digunakan, muzik gamelan menggunakan skel pentatonik. Notasi gamelan tidak begitu penting pada awal permainannya. Walaubagaimanapun, pada abad ke-19 menggunakan sistem nombor dan kekal hingga sekarang. Tekstur gamelan juga lebih kepada polifoni.

Caklempong pula adalah alat muzik yang berasal dari minagkabau. Dikenali sebagai taklempong, telempong. Terdapat di daerah Lenggeng, Kuala Pilah, dan Jelebu Negeri Sembilan. Ia digunakan untuk mengiringi tarian randai, lilin, pencak silat, majlis perkahwinan dan keramaian.
Alat muzik yang digunakan adalah seperti bonang, gereteh, tingkah, gendang, sauwa, bangsi, serunai. Dari aspek sistem muziknya, caklempong menggunakan skel satu oktaf dari middle C ke C oktaf.

0 comments:

Post a Comment

 

SMP2252JUAN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template