Kuliah pada minggu ini adalah berkenaan dengan Makyong dan Kompang. Terdapat tiga aspek yang dikaji berdasarkan pembelajaran kali ini iaitu, sejarah, persembahan dan alat muzik serta elemen muzik kedua-dua alat muzik tersebut.
Makyung dari sudut sejarahnya berasal dari Pattani. Tersebar di Semenanjung Malaysia, dan Kepulauan Riau-Lingga Indonesia. Pada asalnya ia dipermainkan untuk rakyat kemudian ia dimainkan khas untuk istana oleh Sultan Mahmud IV. Walaubagaimanapun ia dimainkan semula kepada rakyat dan tidak lagi hanya untuk hiburan di istana. Makyung dikategorikan sebagai permainan bentuk seni lakon. Hal ini kerana ia mengutamakan dialog, tarian, muzik vokal, dan instrumental. Ia juga menggunakan manusia sebagai pelakon dan mempunyai kisah penceritaan dalam ceritanya.
Dilihat dari sudut persembahan pula, Makyung digunakan untuk tujuan ritual. Misalnya muzik Main Puteri untuk menyembuhkan penyakit. Ia juga digunakan sembah guru. Aras panggung sama dengan aras tanah. Selain itu, ia juga digunakan untuk tujuan persembahan bagi menghiburkan penonton. Untuk tujuan ini, ia semestinya ada pentas untuk menyampaikan persembahan. Alat muzik yang terdapat dalam muzik Makyung adalah seperti, rebab, tawa, dan gendang. Ketiga-tiga alat muzik ini merupakan alat yang utama dalam Makyung. Ia juga terdapat tambahan alat lain seperti serunai, geduk, dan canai.
Elemen muzik yang terdapat dalam muzik Makyung dapat dilihat dalam beberapa aspek seperti Form dan bentuk. Dalam elemen ini, ia dikawal dalam gongan yang dihasilkan oleh tawa dan ia menggunakan 8bit, 16 bit, dan 32 bit. Dari aspek irama pula, Makyung menggunakan 4 timbre iaitu pak, duh, cak, dan ting. Gaya lebih kepada meningkah dan tempo yang perlahan. Melodinya pula lebih kompleks dan berhias serta disampaikan oleh penyanyi dan rebab.
Kompang pula berasal dari Arab. Dikenali sebagai dufuf, duff, dan bendir. Di Indonesia, ia dikenali sebagai terbang atau rebana. Alat muzik dari keluarga membranofon. Dibawa oleh pedagang Arab pada kurun ke-13 Masihi melalui perdagangan dan perkahwinan. Ia asalnya digunakan untuk tujuan perkahwinan, maulidurasul, berkhatan dan banyak lagi berkenaan dengan aktiviti keislaman. Pada zaman sekarang ia digunakan untuk merasmikan upacara, menyambut VIP, dan banyak lagi.
Dalam persembahan kompang pula, ia memerlukan adab seperti pemakaian yang sopan dan tidak boleh meneletangkan kompang. Alat muzik kompang juga terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu belulang yang diperbuat dari kulit kambing betina, dan juga belulang bawah yang diperbuat daripada kayu.
Dari aspek elemen muziknya pula, ia menggunakan irama masri, inang, dan asli. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian dan yang utama adalah seperti melalu, menyilang, dan meningkah.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
0 comments:
Post a Comment