Sunday, August 8, 2010

MINGGU 4 : WAYANG KULIT

Kuliah pada minggu 4 adalah berkenaan wayang kulit. Terdapat tiga perkara yang telah dibincangkan pada kuliah ini. Antara perkara yang dibincangkan itu adalah jenis-jenis wayang kulit, alat-alat yang terdapat dalam permainan wayang kulit, dan juga perbezaan wayang kulit.
Dari aspek sejarah wayang kulit, ia merupakan suatu jenis teater tradisional yang diiringi oleh ensembel dan mempunyai repertuoire. Wayang kulit ini dikatakan berasal dari India (Ottospies). Wayang kulit juga mengandungi elemen-elemen seperti seni muzik, hikayat, lakonan, pengetahuan agama, dan seni ukir.
Kuliah ini juga memberikan saya pengetahuan yang baru tentang jenis-jenis wayang kulit. Antaranya seperti wayang kulit gedek, wayang kulit melayu, wayang kulit jawa, dan juga wayang kulit kelantan. Kesemua jenis wayang kulit ini mempunyai isi cerita daripada mahabrata. terdapat perbezaan sedikit antara semua jenis wayang kulit ini yang membolehkan wayang kulit itu dapat dikenalpasti asal dan negera mana yang memainkannya. Misalnya wayang kulit jawa menggunakan pentatonik skel dan dialog atau bahasa yang digunakan adalah bahasa jawa. Bagi wayang kulit kelantan pula, ia merupakan teater yang dimainkan di Malaysia oleh orang-orang Kelantan. Untuk mengenal pasti wayang kulit kelantan adalah melalui bahasa yang digunakan iaitu bahasa kelantan dan patung hanya menggerakkan tangan yang di hadapan sahaja. Wayang kulit Melayu pula mempunyai pengaruh dari Indonesia iaitu Jawa. Patung boleh digerakkan kedua-dua tangan dan bahasa yang digunakan Jawa dan diselitkan bahasa Melayu. Wayang kulit gedek pula mempunyai pengaruh dari Thailand. Untuk kenal melalui bahasa yang dipengaruhi oleh bahasa Siam dan patung menghadap hadpan.
Bagi alat-alat muzik yang digunakan adalah seperti dari kelurga membranofon, ideofon, aerofon, dan juga kordofon. misalnya wayang kulit Jawa lebih kepada metalofon iaitu gamelan, gendang(membranofon), keluarga idiofon seperti gamelan, gambang, dan gong.
Dari aspek perbezaan dan persamaan pula adala untuk memudahkan kita mengenal pasti jenis-jenis wayang kulit. Misalnya wayang kulit Jawa mesti ada set gamelan jawa dan lain-lain. Dengan mengetahui persamaan dan perbezaan antara wayang kulit ini akan lebih mudah bagi kita untuk mengetahui siapa yang memainkannya dan dari mana asalnya.

3 comments:

SMP2252 SING YING on August 9, 2010 at 4:23 PM said...

Teruskan usaha juan!!! hehehe...

Marlin on August 15, 2010 at 1:41 PM said...

Ulasan yang ringkas dan padat. Mungkin Juan boleh memasukkan video atau gambar yang berkaitan dengan tajuk ini sebagai rujukan tambahan kepada pembaca sekaligus menjadikan refleksi anda lebih menarik. Tahniah.

SMP2252ERNIE JUAN PRIMA NORDIN on August 15, 2010 at 2:50 PM said...

Terima kasih sing ying dan marlin atas sokongan dan dorongan serta kritikan membina anda... Saya akan usahakan...

Post a Comment

 

SMP2252JUAN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template