Monday, August 2, 2010

Kuliah minggu ke 3

Pelajaran pada minggu ke 3 adalah berkaitan dengan cara kita klasifikasikan muzik tradisonal itu, kategori muzik tradisional, dan ciri-ciri muzik tradisional itu. Ciri-ciri utama dalam muzik tradisional terbahagi kepada dua iaitu tradisi besar yang melibatkan budaya klasik atau istana da juga tradisi kecil yang merupakan budaya rakyat. Gabungan kedua-dua tradisi itu menghasilkan muzik tradisonal yang boleh dimainkan oleh semua lapisan masyarakat dan tidak terhalang oleh struktur tradisi itu. Dalam bahagian kategori pula, muzik tradisional terdiri daripada empat jenis iaitu muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkretik, dan muzik kontemporari. Ciri-ciri muzik tradisional pula terdiri dariada enam iaitu vokal dan instrumental solo, ensembel sosial popular, ensembel lain, bentuk seni lakon utama, bentuk tarian untama, dan juga ensembel genderang.

1 comments:

Marlin on August 2, 2010 at 6:19 PM said...

Refleksi yang ringkas dan padat. Anda boleh memasukkan video dan gambar sebagai bahan rujukan tambahan kepada pembaca. Teruskan usaha Juan.

Post a Comment

 

SMP2252JUAN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template