Monday, October 18, 2010

Refleksi Jurnal Minggu 12

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kuliah pada kali ini adalah berkenaan dengan Opera Cina dan Potehi. Pembentangan dari kumpulan pembentang adalah baik yang disusuri dengan maklumat, huraian, dan pengetahuan yang sangat jelas, tepat, dan padat. Walaubagaimanapun, bahagian tajuk Potehi perlulah ditambah dari segi maklumat berkenaan sejarah kewujudannya dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan yang boleh ditambah bagi pengetahuan kepada pelajar-pelajar yang lain. Dalam tajuk Opera Cina juga perlu penambahan walaupun pembentang telah menyediakan maklumat yang agak banyak namun masih ada yang perlu ditambah. Pembentang juga perlulah membiasakan diri dengan penggunaan bahasa baku yang mudah difahami ketika bertutur supaya maklumat yang disampaikanlebih mudah difahami.

0 comments:

Post a Comment

 

SMP2252JUAN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template