Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibincangkan antaranya sejarah tarian singa, alat -alat muzik dan tujuan tarian singa itu dimainkan dan banyak lagi isu-isu yang menarik berkaitan tarian singa ini.
Jurnal refleksi kali ini juga adalah berkenaan dengan ulasan secara keseluruhan selama 14 minggu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran muzik tradisional Malaysia ini. Selama 14 minggu ini, kami telah banyak diberikan ilmu pengetahuan terutamanya dalam pembinaan blog individu ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pembinaan blog ini pada minggu pertama saya rasa sukar. Namun apabila pensyarah yang mengajar kami subjek ini mengajar cara pembinaan blog telah sedikit sebanyak membantu saya membuat blog ini dengan mudah walaupun aa sedikit kekeliruan. Begtiu juga dengan penggunaannya, saya yang sebelum ini tidak biasa dengan penggunaan blog merupakan suatu yang baru bagi saya, namun selepas seminggu dua menggunakannya ia telah menjadi mudah untuk saya menggunakannya. Sehinggalah sekarang saya tiada masalah untuk menggunakan blog individu ini. Ia sememangnya sangat berguna selain memhirkan kita dalam penggunaan blog, ia juga memudahkan segala urusan kerja atau tugasan yang diberi untuk di sebarkan dan dihantar kepada pensyarah dan rakan-rakan. Begitu juga dengan blog kumpulan yang bertujuan memuatkan segala maklumat berkenaan tajuk assignment kumpulan yang dibentangkan bagi membolehkan rakan-rakan dan sesipa sahaja yang membuka blog tersebut menggunakan input yang telah disalurkan ke dalam blog tersebut.
Kursus ini juga telah menyediakan kepada saya dan rakan-rakan dengan maklumat berkenaan dengan muzik tradisonal yang terdapat di Malaysia. Setiap minggu kami telah diberikan ilmu dan pengetahuan berkenaan dengan tajuk-tajuk yang pelbagai. Objektif pengajaran dan pembelajaran yang jelas juga turut memudahkan kami memahami isi pelajaran yang disampaikan. Jurnal refleksi yang menjadi tugasan mingguan kami adalah satu cara yang digunakan untuk mengesab tahap kefahaman kami berkenaan tajuk yang telah dipelajari setiap minggu. Melalui tajuk-tajuk yang telah dipelajari juga sememangnya ada yang telah diketahui tetapi melalui kursus ini, ia telah memberikan input yang banyak dan sememangnya banyak yang kami peroleh. Banyak perkara-perkara dari yang kecil tetapi penting kepada perkara yang sangat besar dan penting dibincangkan dalam setiap tajuk sehingga banyak perkara-perkara yang tidak pernah diketahui telah dijelaskan dalam kursus ini. Soalan mingguan juga melatih kami untuk berfikir secara kritis dan kreatif, selain memberi peluang untuk kami mencurahkan idea dan berbincang terhadap sesuatu perkara yang didebatkan
Kesimpulannya, kursus SMP2252 ini sangat bagus dan menarik untuk dipelajari. Ia sememangya penting terutamanya era masa kini, masyarakat semakin kurang mengetahui muzik tradisional yang terdapat dalam Malaysia dan ini amat mendukacitakan kerana masyarakat kita akan menjadi masyarakat yang kurang mengenal budaya,adat , dan jati diri masing-masing. Justeru melalui subjek ini, kami telah diberikan banyak pengetahuan berkenaan muzik tradisional di Malaysia.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
3 comments:
ulasan yang baik. semoga apa yang diperolehi daripada smp2252 ini dapat dimanfaatkan sebaik mungki.
ulasan yang menarik....selamat berjuang di medan peperiksaan....semoga apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan bersama....all the best....
good!!~good luck in final exam~
Post a Comment