Sunday, July 25, 2010

Minggu 2:Jurnal Refleksi

Soundscapes, Budaya, Sejarah, Kategori, dan Struktur.
Dalam minggu ke dua ini, pelajaran adalah berkenanaan soundscape, budaya, sejarah, kategori, dan struktur yang bekaitan dengan muzik tradisional Malaysia.
Dari aspek konsep soundscape, ia merujuk kepada gabungan dua perkataan iaitu sound yang bermaksud bunyi dan scape yang bermaksud pemandangan. Apabila kedua-dua istilah ini digabungkan, ia membentuk satu perkataan baru yang bermaksud pemandangan bunyi.
Dari segi makna budaya pula, ia lebih kepada keseluruhan aspek yang membentuk seseuatu muzik berdasarkan budaya yang sediaada sperti idea,aksi, institusi,dan material. Daripada budaya juga kita dapat mengenal pasti genre dan bentuk muzik itu. Budaya muzik itu juga merupakan warisanyang diurunkan darisatu generasi kepada generasi yang seterusnya.
Sejarah muzik tradisional Malaysia berlaku apabila berlaku perdagangan antara kepulauan melayu dengan negara-negara luar seperti Arab, Indonesia, Thailand, dan Barat. Hasil daripada adanya hubungan dagangan dengan negara-negara luar menyebabkan budaya yang diamalkan oleh negara-negara dagangan itu masuk ke kepulauan Melayu, turut sama dibawa masuk dan kesannya budaya tersebut turut diamalkan oleh masyarakat kepulauan Melayu. Contohnya muzik asli, keroncong dari Barat, muzik zapin dari Arab, muzik amelan dari Jawa dan lain-lain.
Dari segi kategorialat muzik pula, muzik tradisional Malaysia terdiri daripada alat muzik kordofon, membranofon, aerofon, dan idiofon. Dari aspek struktur muzik pula, terdiri daripada enam elemen iaitu melodi, irama, harmoni, bentuk form, notasi, dan ekspresi.

0 comments:

Post a Comment

 

SMP2252JUAN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template